IZZATIE IZHAR
IjatiiiBelovedEntries

ape gune nyer :(
Friday, March 25, 2011 | 6:56 AM | 0 comments






Apa gunanya bicara
jika tuturnya mengundang luka
pada hati yang sedia parah
menanggung beban kecewa
seribu duka terpendam
teramat dalam….

Apa gunanya memujuk
jika rajuk kuh sudah berdarah
mengalir tanpa henti
pekat dan merah
hangat memikul sebak
teramat ngeri….

Apa gunanya memohon maaf
jika maknanya sudah tiada
pintanya terlalu kerap
atas kesilapan berulang-ulang
menjadikan ia pelarian
mainan kata-kata
teramat murah

Apa gunanya kesal
jika segalanya sudah terlambat
tak mungkin berpaling lagi
menyambung suatu kebodohan
kerana yang berlaku
adalah bukti kecuranganmu
teramat nyata….



Older Post | Newer Post